fb fb fb fb fb

Azmir Saifuddin dilantik CEO FINAS baharu

Azmir Saifuddin Mutalib

KUALA LUMPUR, 31 Oktober- Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan Datuk Azmir Saifuddin Mutalib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa esok sehingga 31 Oktober 2025.

Unit Komunikasi Korporat FINAS menyatakan Azmir adalah individu yang memiliki pengalaman dan berkelulusan Ijazah Pengkomputeran daripada Universiti Sheffield Hallam, United Kingdom.

"Beliau memulakan kerjaya di Bahagian Kreatif Multimedia, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan di Base FX.

"Berdasarkan kepakaran dan pengalaman yang luas dalam industri kreatif, FINAS yakin Azmir mampu menggalas serta melaksanakan tanggungjawab untuk memacu industri filem Malaysia ke tahap yang lebih tinggi," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, FINAS mengumumkan kontrak Prof Dr Md Nasir Ibrahim sebagai CEO agensi itu tamat pada 1 Jun lalu.

Dalam tempoh interim, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS, Rozita Waty Ridzuan menjalankan tugas CEO sehingga jawatan berkenaan diisi, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kontrak CEO FINAS, Prof. Dr Md Nasir Ibrahim tamat

SITI AISHAH BINTI MD ISA