fb fb fb fb fb

Tapisan pengasuh: PDRM setuju kerjasama dengan KPWKM - Nancy

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri

KUALA LUMPUR, 31 Oktober -PDRM bersetuju untuk bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi saringan tapisan keselamatan calon yang ingin bekerja sebagai pengasuh.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kerjasama itu antara usaha untuk mengurangkan kes penderaan kanak-kanak di bawah jagaan pihak luar seperti di taska dan pusat asuhan.

Menurut Nancy, persetujuan berkenaan dicapai pada pertemuannya dengan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pada minggu lepas.

"Kita ingin tahu sama ada orang yang memohon bekerja sebagai pengasuh mempunyai rekod jenayah atau tidak.

"Keduanya, kelayakan calon yang memohon jawatan tersebut. Sepatutnya mesti pekerja tempatan bukan warga asing dan kita harus berhati-hati", kata Nancy pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Usahasama Strategik @Advokasi Antigangguan Seksual di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD