fb fb fb fb fb

Axia baharu selamat, tiada panggilan semula - Perodua

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 1 Mei- Perodua Axia baharu selamat untuk dipandu dan tiada panggilan semula akan dibuat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata pihaknya tidak akan menghentikan penghantaran bagi kenderaan model baharu tersebut kepada pelanggan.

Ia susulan ‘ketidakaturan prosedur’ ujian seperti didedahkan Daihatsu Co. Ltd.

"Syarikat telah melantik Daihatsu Co.Ltd untuk menjalankan ujian keselamatan bagi menjalankan ujian keselamatan bagi Perodua Axia baharu di Jepun.

"Ujian disaksikan pihak berkuasa dan agensi yang relevan bagi tujuan penilaian pihak itu.

"Sebaik sahaja berita mengenai ‘ketidakaturan prosedur’ diterima, Perodua menghubungi pihak terlibat serta merta bagi mengenal pasti sama ada standard keselamatan Perodua Axia baharu turut terjejas atau sebaliknya.

"Syarikat itu turut diberi jaminan bahawa pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada Perodua Axia model baharu tetap sah dan diperakui.

"Syarikat akan terus memantau situasi tersebut dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai," katanya menerusi kenyataan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu