fb fb fb fb fb

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri hadir rumah terbuka Aidilfitri negeri

(Foto BERNAMA)

KLANG, 1 Mei- Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri bagi daerah Klang.

Ia berlangsung di padang Taman Sri Kerayong, Kapar, di sini malam tadi.

Ketibaan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin disambut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dan isterinya Datin Seri Masdiana Muhamad.

Baginda berdua berkenan meluangkan masa lebih dua jam menjamu selera sambil menonton persembahan artis Siti Nordiana, Haziq dan persembahan tarian kebudayaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Unjur.

Sebelum berangkat pulang, baginda berdua berkenaan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir ke rumah terbuka itu.

Rumah terbuka itu menerima kunjungan lebih 10,000 tetamu dan turut dimeriahkan dengan rewang sekampung iaitu penyediaan juadah dimasak secara gotong-royong bersama-sama penduduk setempat.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu