fb fb fb fb fb

ATM akan distruktur semula menjadi angkatan masa hadapan

LUMUT, 10 Oktober - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan distruktur semula sebagai sebuah angkatan masa hadapan dengan kredibiliti yang menepati kemajuan teknologi, cabaran masa depan dan ekspektasi rakyat.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad Abd Rahman berkata, penstrukturan semula itu menerusi Pelan Strategi Ketenteraan Negara 2.0.

Keupayaan ketiga-tiga perkhidmatan bawah ATM akan dipertingkatkan secara holistik dan berpegang kepada trilogi 3M iaitu Anggota, Peralatan dan Cara (Man, Machine dan Method)

"Bertitik tolak daripada itu kertas putih pertahanan yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia pada 2 Disember 2019 telah menetapkan dengan jelas hala tuju strategik pertahanan negara hingga tahun 2030 dalam mempertahankan kedaulatan negara, keutuhan wilayah dan kepentingan Malaysia.

"Komponen terpenting bagi tonggak strategi pertahanan atau cegah rintang berpadu kini giat dilaksanakan dalam membina angkatan masa hadapan sebagai perisai negara," katanya ketika 
berucap pada majlis Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

(Panglima ATM Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad Abd Rahman)

Turut diadakan penyampaian Anugerah Kesiapsiagaan Panglima Angkatan Tentera (PAT) melibatkan formasi atau briged terbaik bagi Tentera Darat, pasukan terbaik TLDM dan pangkalan udara terbaik TUDM.

Media Baharu