fb fb fb fb fb

ASEAN diseru kukuhkan kerjasama

BANGI, 16 Ogos- Kerjasama geopolitik dan kepercayaan strategik dalam kalangan pemimpin rantau ASEAN perlu diperkukuh.

Itu saranan mantan Presiden Keenam Indonesia, Prof Dr H Susilo Bambang Yudhoyono yang optimis, kerjasama kesemua pemimpin 10 negara ASEAN mampu mewujudkan dunia lebih baik selaras slogan ' A better world is possible'.

Jelasnya, adalah penting pemimpin ASEAN mengukuhkan kerjasama utuh demi memastikan keamanan, kestabilan dan kerjasama dapat ditambah baik.

"Ini kerana dunia yang didiami ini menghadapi cabaran kompleks, kemelesetan geopolitik, isu keselamatan antarabangsa masalah ekonomi, dan pelbagai komplikasi alam sekitar. Bagaimanapun, sebagai bekas ketua negara dan ketua kerajaan, saya sentiasa percaya ‘Dunia yang Lebih Baik Adalah Mungkin Dunia yang lebih baik dapat diwujudkan sekiranya cabaran itu dapat diselesaikan dengan berkesan," katanya.


(Mantan Presiden Indonesia, Prof Dr H Susilo Bambang Yudhoyono dalam sesi Syarahan Canselor
Tuanku Muhriz Ke-5 di UKM)

Tambahnya, negara Asia Tenggara perlu menjalankan peranan aktif sebagai satu kumpulan kerana kapasiti keseluruhan populasi 10 negara ASEAN adalah seramai 662 juta penduduk dengan gabungan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bernilai RM3.2 trilion.

Ia sekali gus menjadikannya ekonomi kelima terbesar dunia.

Beliau berkata dalam sesi Syarahan Canselor Tuanku Muhriz Ke-5 di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM bertemakan ‘A better world is possible’ di Bangi.

Turut berkenan berangkat pada syarahan itu adalah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Media Baharu