fb fb fb fb fb

ASEAN di landasan tepat ke arah pemuktamadan DEFA 2026

Foto Facebook Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 24 Oktober - Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) berada di landasan tepat untuk dimuktamadkan pada tahun depan, sekali gus mengukuhkan peranan ASEAN dalam membentuk ekonomi digital global.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, tiada penandatanganan dijadualkan tahun ini kerana pemuktamadan penuh disasarkan pada 2026.

“Sasaran kami tahun ini adalah untuk memuktamadkan sebahagian besar rundingan, sekurang-kurangnya 70 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Sesi Khas Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) mengenai DEFA bersama Menteri Ekonomi dan Perdagangan negara anggota ASEAN serta wakil Sekretariat ASEAN.

Tambahnya, rundingan kini memberi tumpuan kepada isu utama seperti duti kastam ke atas penghantaran elektronik serta komitmen perkhidmatan kewangan yang berkaitan dengan lokasi kemudahan pengkomputeran.

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI