fb fb fb fb fb

ASEAN dan Jepun perkukuh kerjasama berdasarkan kepercayaan, nilai bersama

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Oktober -Kerjasama ASEAN - Jepun diperkukuhkan dengan menekankan potensi besar perkongsian berdasarkan kepercayaan dan nilai bersama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada Mesyuarat Kemuncak ASEAN-Jepun ke-28, ASEAN menantikan kerjasama rapat dengan Jepun bagi memajukan visi bersama dalam bidang inovasi, tenaga bersih, dan pertumbuhan yang berdaya tahan.

"Jepun menjadi salah satu rakan ASEAN yang paling konsisten dan boleh dipercayai. Sokongannya dalam bidang infrastruktur, teknologi, rantaian bekalan yang berdaya tahan, dan tindak balas mengukuhkan asas kerjasama ini. Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Sanae Takaichi, diharapkan bahawa fokus Jepun terhadap inovasi, tenaga bersih, kesalinghubungan, dan pertumbuhan yang berdaya tahan akan terus selaras dengan keutamaan ASEAN sendiri," katanya, di sini.

Selasa lepas, Takaichi, Presiden Parti Demokratik Liberal yang memerintah Jepun, dilantik sebagai Perdana Menteri, menjadikannya wanita pertama yang memimpin negara itu.

Takaichi berkata, Jepun berhasrat menggunakan dasar Indo-Pasifik Bebas dan Terbuka (FOIP) untuk mengeratkan kerjasama dengan negara-negara ASEAN.

Beliau menjelaskan Jepun mendukung FOIP dan sentiasa menyokong Pandangan ASEAN mengenai Indo-Pasifik (AOIP), yang berkongsi prinsip dan nilai asas yang sama.

TETITIA YUSOFF