fb fb fb fb fb

Arahan wajib berpindah perlu dipatuhi penduduk terjejas banjir

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Penduduk di kawasan berisiko banjir perlu mematuhi arahan wajib berpindah yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Jika ingkar, mereka boleh dikenakan tindakan.

Amaran itu dikeluarkan Penolong Pengarah Cawangan Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Leftenan Kolonal Khairil Izzwan Datuk Abdul Rahman.

"Arahan wajib berpindah itu selaras dengan Seksyen 4C Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 (Akta 221).

"Sekiranya tidak dipatuhi atau ingkar boleh dikenakan denda atau penalti tidak melebihi RM10,000 atau penjara kurang dari lima tahun.

"Kita ingin tekankan di sini adalah berpindah lebih awal bila diberikan arahan untuk berpindah, perlu berpindah segera," katanya.

(Leftenan Kolonal Khairil Izzwan Datuk Abdul Rahman)

Beliau menyatakan demikian dalam rancangan terbitan RTM di Angkasapuri Kota Media.

Menurut Leftenan Kolonal Khairil Izzwan, sebanyak lima negeri terjejas dengan Monsun Timur Laut fasa pertama yang bermula November 2022 sehingga hujung tahun ini.

Media Baharu