(Jangkaan hujan sederhana hingga lebat dan angin kencang berdebu akan melanda
wilayah Riyadh, Afif, Dawadmi, Al-Quwaiyah, Al-Majma'a, Al-Zulfi, Al-Ghat dan Ramah)
RIYADH, 27 Mei- Warga Arab Saudi diminta berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran hujan lebat berterusan selama lima hari di kebanyakan wilayah di negara itu mulai Jumaat.
Kota Mekah yang menempatkan masjid paling suci umat Islam iaitu Masjidil Haram juga akan turut terkesan berikutan fenomena itu.
Hujan lebat itu dijangka turut disertai ketulan air batu dan banjir kilat.
Angin kencang berdebu turut diramal berlaku di beberapa tempat termasuk kawasan Masyair di Mekah dan Madinah selain Taif dan beberapa kawasan berhampiran di wilayah sempadan utara.
Jangkaan hujan sederhana hingga lebat dan angin kencang berdebu akan melanda wilayah Riyadh, Afif, Dawadmi, Al-Quwaiyah, Al-Majma'a, Al-Zulfi, Al-Ghat dan Ramah.
Orang ramai termasuk jemaah haji dinasihat supaya berhati-hati semasa fenomena hujan lebat dan menjauhi lokasi air hujan terkumpul bagi mengelakkan insiden luar jangka.

(Arab Saudi keluar amaran hujan lebat berterusan, banjir landa Kota Mekah)