fb fb fb fb fb

Arab Saudi benarkan 45% jemaah Malaysia tunai haji tahun ini

KUALA LUMPUR, 21 April - Seramai 14,306 jemaah haji Malaysia bakal menunaikan haji tahun ini.

Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad pada majlis pengumuman jumlah kuota haji Malaysia bagi 1443H, hari ini yang disiarkan menerusi media sosial.

Jumlah tersebut hanya 45% daripada 31,600 kuota tahunan yang ditetapkan sebelum ini.

Peratusan yang sama juga terpakai buat negara lain di seluruh dunia.

(Idris Ahmad ketika mengumumkan kuota haji Malaysia 2022 hari ini)

Tambah Idris, jemaah yang dibenar ke Tanah Suci adalah mereka yang berumur 65 tahun ke bawah.

Selain, tidak memiliki sebarang penyakit kronik dan mempunyai sijil vaksinasi COVID-19.

"Tabung Haji akan mengeluarkan surat tawaran dalam masa terdekat, bakal jemaah yang terpilih diminta membuat pemeriksaan kesihatan dan menjawab surat tawaran dengan kadar segera.

"Bakal jemaah juga dinasihatkan supaya bersedia dengan dokumen-dokumen yang berkaitan terutamanya passport," katanya.

Beliau turut memaklumkan, subsidi haji akan diteruskan Tabung Haji dan kadar bayaran bakal diumum esok.

Media Baharu