fb fb fb fb fb

APMM diharap terus komited,pastikan keselamatan zon maritim negara terpelihara -PM

PUTRAJAYA, 15 Februari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mempunyai peranan besar dalam menguatkuasakan undang-undang serta menerajui operasi mencari dan menyelamat di zon maritim negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap sebagai sebuah agensi penguatkuasaan barisan hadapan perairan negara, APMM akan terus komited bagi memastikan keselamatan zon maritim negara terus terpelihara.

"Saya percaya APMM komited dan serius melaksanakan tanggungjawab dan amanah bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat, aman dan sejahtera.

"Harapan saya, maritim Malaysia kekal cemerlang demi keselamatan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia," katanya sempena ulang tahun APMM ke-17.

Media Baharu