SIK, 15 Februari - Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA) melancarkan program klinik penyelesaian tunggakan kes pusaka bagi menangani isu tuntutan dan penyelesaian berkait harta pusaka.
Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata Ia bertujuan memberi nasihat dan penerangan mengenai kaedah pengurusan harta pusaka kepada pelanggan dan orang awam.
"Kita guna pegawai tadbir tanah di negeri, kita juga gunakan pegawai petempatan yang boleh diwartakan sebagai pegawai penyelesai pusaka.
"Dan kita akan buat di banyak tempat bukan sahaja di pejabat tanah, di pejabat penghulu pun akan jadi tempat perbicaraan pusaka, ini untuk memudahkan rakyat," katanya.
Tambahnya, sebanyak RM70 bilion nilai harta pusaka masih tidak diselesaikan atau dituntut dan kebanyakannya dimiliki oleh Bumiputera.