fb fb fb fb fb

APM terima 111 kenderaan baharu perkukuh operasi, perkhidmatan kemanusiaan

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Abd Shukor Mahmood

KAJANG, 28 Julai -Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima sebanyak 111 unit kenderaan baharu bagi kegunaan pentadbiran dan operasi di lapangan.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Abd Shukor Mahmood berkata, sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh perkhidmatan kemanusiaan dan keselamatan negara.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada warga APM di atas penerimaan sebanyak 111 buah unit kenderaan pentadbiran dan operasi ini. Saya yakin dan percaya bahawa kenderaan yang dibekalkan ini adalah memenuhi spesifikasi dan keperluan sebenar di lapangan.” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan yang diadakan sempena Peluncuran Bulan Kebangsaan Peringkat APM Tahun 2025, di sini.

Penyerahan tersebut melibatkan 31 unit Proton X70, 30 buah ambulans sewaan dan 50 kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang akan diagihkan ke seluruh negara bagi memperkukuh kesiapsiagaan APM dalam menghadapi operasi kecemasan.

Majlis turut diserikan dengan gimik penyerahan Jalur Gemilang, persembahan abseling oleh Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA), serta flag-off konvoi patriotik.

Pelancaran ini juga selari dengan tema sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, yang menekankan nilai kebersamaan dan kesiapsiagaan dalam mendepani cabaran negara.

TETITIA YUSOFF