ALOR SETAR, 1 Disember- Petugas Angkatan Pertahanan Awam APM Kota Setar berjaya memindahkan mangsa warga emas di Kampung Alor Melintang ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Seberang Perak Baru.
APM Kedah menerusi satu kenyataan memaklumkan, pemindahan warga emas terbabit dilaksana ekoran peningkatan paras air Sungai Anak Bukit.
Menurut laman rasmi Public Info Banjir setakat pukul 10 pagi, paras air Sungai Anak Bukit Sungai Anak Bukit di Taman Aman berada pada paras 3.98 meter melebihi paras bahaya iaitu 2.60 meter.
Manakala sungai Anak bukit di di Jambatan TAR , setinggi 2.21 meter melebihi 0.51 meter paras bahaya.
Antara kawasan yang terjejas Pantai Johor, Sri Mentaloon, Titi Gajah, Kepala Batas.