fb fb fb fb fb

APEC perlu lebih berani, jadi platform piawaian emas

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau (kanan) bersalaman dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Dialog Tidak Rasmi Pemimpin APEC di Lima, Peru / FOTO PMO

LIMA,16 November- Anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik APEC perlu mengambil langkah lebih berani dan proaktif bagi menjadikan platform itu sebagai piawaian emas dalam tadbir urus global.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pakatan 21 buah ekonomi itu memerlukan rangka kerja ekonomi yang bukan sahaja kalis kejutan malah mampu menjadi responsif kepada cabaran luar.

“Bayangkan persekitaran perdagangan dan pelaburan di mana setiap ekonomi APEC sama ada kecil mahupun besar mampu menyerap kejutan dan terus berkembang," katanya.

Berucap pada Dialog Tidak Rasmi Pemimpin APEC bersama tetamu, Perdana Menteri berkata ia mampu dicapai melalui integrasi digital yang lebih mendalam, kewangan hijau kukuh dan komitmen berterusan bagi mencapai rantaian bekalan yang telus.

Beliau turut menyeru pemimpin dunia untuk bertindak dengan berani bagi mencipta sejarah baharu.

Datuk Seri Anwar mengingatkan bahawa gangguan global kini adalah norma baharu yang memerlukan pendekatan lebih proaktif.

Semua usaha itu mampu memperkasa setiap ekonomi APEC daripada kejutan sekali gus membina model pertumbuhan yang menyokong ekonomi masing-masing.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE