fb fb fb fb fb

AP bahan makanan dimansuh serta merta

PUTRAJAYA, 18 Mei - Kerajaan bersetuju memansuhkan Permit Import (AP) bahan makanan dari luar negara ke Malaysia seperti yang dikenakan sebelum ini.

Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pemansuhan itu berkuat kuasa serta-merta dan ia kini terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengimport makanan dari luar negara.

Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Kabinet hari ini untuk menjamin keselamatan makanan di negara ini.

(Ismail bercakap kepada media selepas menghadiri
Majlis Sambutan Aidilfitri Perdana Menteri
Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri 2022 “Semarak Aidilfitri, Keluarga JPM dirai”)

"Maknanya sesiapa sahaja boleh import bahan makanan untuk kita cukup bekalan makanan. Ia turut akan memastikan bekalan makanan mencukupi di negara itu," kata Ismail di sini.

Perincian berhubung keputusan itu akan diumum oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dalam masa terdekat.

"Saya percaya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan umumkan secara terperinci. kita bersetuju tadi tiada AP import lagi untuk bahan makanan, katanya lagi.


Media Baharu