PUTRAJAYA, 29 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama ribuan jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya.
Sejurus tiba pada pukul 8.18 pagi, Anwar menunaikan solat sunat dua rakaat dan seterusnya menyertai jemaah lain untuk bertakbir.
Beliau kemudian menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimami Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghozali.
Antara yang hadir ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Seri Mohd Zuki Ali.
Sejurus selesai khutbah Aidiladha bertajuk "Nilai Pengorbanan", Anwar kemudian beramah mesra dengan jemaah yang hadir.
Mereka tidak melepaskan peluang bersalaman dan mengambil gambar bersama pemimpin negara itu.
(Beliau kemudian menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimami
Imam Besar Masjid Putra, Salahudin Ghozali)