fb fb fb fb fb

Anwar lihat sokongan rakyat terhadap PH, BN meningkat

(Foto BERNAMA)

NIBONG TEBAL, 8 Ogos- Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat sokongan rakyat terhadap gabungan parti PH dan Barisan Nasional (BN) semakin meningkat ketika ini berbanding tahun lalu.

Anwar yakin keputusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15) pada Sabtu ini akan memihak kepada Kerajaan Perpaduan.

Rakyat juga sudah pandai menilai berdasarkan politik semasa termasuk menilai kesahihan berhubung fitnah berkaitan ancaman terhadap Islam yang sering dimainkan parti lawan sebelum ini.

Pengundi kini lebih mengambil tahu usaha-usaha yang telah dilakukan kerajaan untuk rakyat.

"Kita nilai daripada segi keputusan rakyat, jika banding dengan 2022, sokongan rakyat jauh lebih baik sekarang.

"Sebab dulu dia (rakyat) dengar semua negatif, kata Anwar akan tarik balik hak orang Islam, akan bagi pelajar-pelajar pakai skirt. Fitnah ini menjadi budaya, jadi orang percaya.

"Sebahagian tengok dah tidak jadi, pelajar-pelajar dah tidak pakai skirt pun sekarang. Jadi, saya tengok itu mengubah sedikit," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi ramah mesra bersama penduduk Sungai Bakap di Simpang Ampat.

Hadir sama, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu