fb fb fb fb fb

Anwar lancar tabung kemanusiaan bantu rakyat Palestin

PUTRAJAYA, 13 Oktober- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Tabung Kecemasan Misi Bantuan Kemanusiaan Kepada Rakyat Palestin bermula hari ini dan akan berakhir pada 30 November.

Ia sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia ke atas Palestin selepas Anwar selesai menunaikan solat Jumaat dan solat hajat di Masjid Mahmoodiah, Presint 18, di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menerusi satu kenyataan berkata usaha itu akan dipanjangkan kepada Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri dan semua agensi bawah jabatan itu.

Hasil kutipan akan disalurkan ke Tabung Musa'adah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) untuk penyelarasan dan agihan kepada pihak yang bertanggungjawab bagi menyampaikan sumbangan berkenaan terus kepada mangsa.

(Anwar Ibrahim melancarkan Tabung Kecemasan Misi Bantuan Kemanusiaan Kepada Rakyat Palestin)

Media Baharu