fb fb fb fb fb

Anugerah Sukan MASUM 2019 malam ini

KUALA LUMPUR, 10 Februari -Sumbangan atlet Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) terus dihargai.

Atlet yang melakar kecemerlangan sepanjang musim 2019 bakal diiktiraf dalam majlis Anugerah Sukan MASUM 2019 malam ini.

Menurut Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia, Datuk Yuserrie Zainuddin, anugerah tersebut diadakan di sebuah hotel dan dikelolakan oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) selaku tuan rumah penganjuran.

"Kita memberikan pengiktirafan kepada olahragawan dan olahragawati, atlet- atlet yang telah bertanding dan juga telah memasuki pertandingan sukan yang diadakan sepanjang tahun 2019. Ini adalah kerana kita merasakan bahawa ianya perlu diberikan pengiktirafan kepada atlet-atlet ini walaupun mereka ini telah lama menjalankan pertandingan mereka," kata Yuserrie selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia, di sini.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya akan menghantar atlet terbaik bagi mewakili Malaysia dalam Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 di Ubon Ratchatnahi, Thailand dan Sukan Universiti Antarabangsa di Chengdu, China.

 

Media Baharu