fb fb fb fb fb

Annuar persembah kepada Agong persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2022

(FOTO FB RASMI K-KOMM)

KUALA LUMPUR, 9 Ogos - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa di Istana Negara.

Annuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 (HKHM 2022) mempersembahkan kepada Al-Sultan Abdullah mengenai persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang akan diadakan pada 31 Ogos di Dataran Merdeka.


(Tan Sri Annuar Musa mempersembahkan kepada Al-Sultan Abdullah mengenai persiapan
sambutan Hari Kebangsaan 2022/ Foto FB rasmi K-KOMM)

Turut hadir pada majlis menghadap itu adalah Ketua Setiausaha K-KOMM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal HKHM 2022, Datuk Seri Mohammad Mentek.

Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 bertemakan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”.

Sambutan Hari Malaysia pula akan diadakan di Melaka pada 16 September ini.

Media Baharu