fb fb fb fb fb

RUU larangan tukar parti diluluskan di Dewan Negara

KUALA LUMPUR, 9 Ogos - Setelah diluluskan di Dewan Rakyat, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 mengenai larangan tukar parti turut diluluskan di Dewan Negara setelah mendapat sokongan majoriti lebih dua per tiga.

Menerusinya 52 ahli Dewan Negara bersetuju.

Keputusan tersebut diumumkan Yang Di Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

"Setelah undian dibuat dan dikira sekarang, saya kemukakan keputusan undian iaitu seramai 52 setuju , ahli tidak setuju tiada, 7 ahli tidak hadir, bacaan kali kedua disetujukan oleh kerana 2/3 setuju maka RUU dibacakan kali kedua sekarang," kata beliau di Dewan Negara, hari ini.


(Yang Di Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim ketika mengumumkan kelulusan Rang Undang-Undang
Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 mengenai larangan tukar parti)   

Di peringkat Dewan Negara, RUU berkenaan hanya dapat diluluskan jika mendapat sokongan pada bacaan kali kedua dan bacaan kali ketiga tidak kurang dari dua pertiga atau 40 jumlah minimum dari 60 Ahli dewan.

Pada 28 Julai lepas, Dewan Rakyat mencipta sejarah apabila meluluskan Pindaan Perlembagaan berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti setelah mendapat sokongan majoriti lebih dua per tiga dengan 209 ahli dewan bersetuju.

Media Baharu