fb fb fb fb fb

Angkat sumpah Exco Melaka Rabu ini

AYER KEROH, 3 April- Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Melaka dijangka berlangsung Rabu ini di Pejabat Yang Pertua Negeri Melaka, Seri Negeri, di sini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, senarai Exco Melaka berkenaan telah dipersetujui oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zahid Hamidi dan akan dipersembahkan kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam sejurus ketibaan beliau di Melaka dari luar negara.

Beliau berkata, komposisi barisan Exco berkenaan dinilai dari pelbagai aspek dan mengambarkan Kerajaan Perpaduan seterusnya mengimbangi pentadbiran dalam kerajaan negeri.

"Barisan Exco yang baharu setelah berunding dnegan presiden semalam telah pun diterima dan saya akan berjumpa dengan Tuan Yang Terutama Tun apabila beliau balik dari luar negara.

(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh)

"Seperti mana saya janjikan saya akan lengkapkan senarai nama Exco dalam 48 jam telah saya sempurnakan cuma upacara angkat sumpah akan diadakan pada hari Rabu", katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas memasuki pejabatnya, di Seri Negeri bagi menjalankan tugas sebagai Ketua Menteri ke-13 secara rasmi, pagi ini.

Tambahnya, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Melaka, Datuk Zaidi Johari seterusnya menambahbaik beberapa perkara dalam pentadbiran kerajaan negeri demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Melaka.

Media Baharu