fb fb fb fb fb

ANGKASA anjur Karnival Madani di 3,000 Outlet seluruh negara

(FOTO RTM)

BENTONG, 31 Mac-Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia ( Angkasa) akan menganjur Karnival Madani Jualan Rahmah sempena bulan Ramadan di lebih 3,000 Outlet milik agensi itu di seluruh negara minggu hadapan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, karnival berkenaan adalah tanda sokongan padu kepada kerajaan Madani  bagi menangani kenaikan kos sara hidup.

Angkasa telah mengenalpasti 50 barangan keperluan asas di kedai runcit milik koperasi yang menawarkan  pada harga kompetitif dan akan dijual antara 10 hingga 20 peratus lebih rendah, berbanding harga pasaran.

Antara barangan tersebut ialah minyak, gula, beras  dan barangan kering yang menjadi keperluan asas pengguna.

"ANGKASA termasuk Koperasi Sekolah cadang mengadakan Karnival Madani Jualan Rahmah di Outlet Koperasi yang mempunyai 3000 dan 500 yang aktif. Ini merupakan sumbangan Angkasa bagi menggerakkan koperasi bagi membantu kerajaan", katanya kepada media selepas Majlis Serahan Sumbangan CSR Coopcare Angkasa kepada 50 pelajar B40 Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman Bentong, Pahang.

Beliau menambah, karnival Madani Jualan Rahmah mempunyai kesinambungan konsep kedai barangan asas (BA100) yang diperkenalkan Angkasa  sejak tahun 2021 yang  menjadi pusat sehenti bagi pengguna mendapatkan barangan keperluan asas pada harga lebih murah.


(Presidennya ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah/FOTO RTM)

Media Baharu