fb fb fb fb fb

China rakan dagang terbaik Malaysia

BEIJING, 31 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas dengan pendirian Malaysia untuk terus mendukung China sebagai rakan dagang terbaik buat negara.

Beliau juga menolak persepsi sesetengah pihak bahawa Malaysia bersifat berat sebelah terutama melibatkan hubungan dagangan dengan negara itu.

“Saya bersetuju dengan inisiatif yang dilakukan oleh Presiden China, Xi Jinping untuk meluaskan jajahan, termasuk nilai-nilai kemanusiaan dan tamadun.

China adalah rakan dagang yang penting kerana negara ini merupakan pelaburan utama bagi sektor perdagangan antarabangsa,” katanya ketika berucap di Universiti Tsinghua, Beijing.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di Universiti Tsinghua, Beijing)

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, sebagai sebuah negara kecil, Malaysia juga sentiasa terbuka menjalin kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) ekoran hubungan baik antara kedua-dua negara yang telah terjalin selama ini.

“Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang mesra kepada Malaysia, kami merupakan negara kecil dan tiada siapa yang perlu menentukan hala tuju negara kami.

Sekiranya AS ingin terlibat menyumbang kepada negara, ia adil. Namun, tiada siapa yang harus mempengaruhi kami,” katanya lagi.

Media Baharu