fb fb fb fb fb

Angka penduduk terjejas banjir di Johor, Sabah kekal

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Disember- Situasi banjir di Johor kekal tidak berubah dengan seramai 36 orang daripada 11 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Menurut portal Info Bencana JKM, kesemua penduduk terjejas banjir masih ditempatkan di satu-satunya PPS yang aktif di Segamat, iaitu Balai Raya Gemereh IV (Batu Badak).

Di Sabah pula, 80 penduduk terjejas banjir daripada 26 keluarga kekal ditempatkan di satu PPS negeri itu.

Mereka yang terjejas ditempatkan di Pusat Pemindahan Mangsa Bencana Daerah Beaufort.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM