GAZA, 10 April- Kementerian Kesihatan kendalian Hamas di Gaza melaporkan seramai 50,846 orang telah terkorban, manakala lebih 115,000 lagi cedera dalam serangan tentera Israel sejak 7 Oktober 2023.
Sejak 18 Mac lalu, selepas tentera Israel menyambung semula serangan, seramai 1,449 rakyat Palestin terbunuh dan 3,647 lagi cedera.
Sementara itu, serangan terbaharu zionis ke atas bangunan kediaman di Shujaiya, Gaza mengorbankan sekurang-kurangnya 23 orang, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita.
Manakala, berpuluh-puluh lagi cedera dan ramai mangsa dikhuatiri hilang dan terperangkap di bawah runtuhan bangunan.-AFP