fb fb fb fb fb

Anggota tentera meninggal dunia, seorang masih hilang di Pulau Mataking

Prebet Muhammad Irfan Haiqal Abdullah, 20

SEMPORNA, 13 September – Seorang anggota tentera ditemukan maut manakala seorang lagi masih hilang ketika menjalankan operasi di perairan Pulau Mataking, di sini semalam.

Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Prebet Muhammad Irfan Haiqal Abdullah, 20.

Seorang lagi anggota, Prebet Muhammad Zulkarnain Jaffar, 27, masih hilang dan usaha mencari serta menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan.

Menurut ATB 2, kedua-dua mereka terlibat dalam Operasi PASIR Sektor Semporna Siri 3/2025 sebelum dilaporkan hilang.

“Prebet Muhammad Irfan ditemukan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas bantuan perubatan diberikan,” menurut kenyataan Markas Angkatan Tugas Bersama (ATB) 2 hari ini.

Operasi SAR membabitkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta pasukan sahabat.

Menurut kenyataan itu lagi, kejadian dipercayai berpunca akibat lemas namun siasatan lanjut masih dijalankan.

GRACE AISYAH KEDAYAN