fb fb fb fb fb

Anggota MALBATT di Lubnan, selamat - ATM

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman

KUALA LUMPUR, 23 Oktober- Anggota Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (MALBATT 850-10) yang bertugas di Lubnan disahkan selamat, walaupun ketegangan melanda di sempadan negara itu akibat perang Israel dan Palestin, ketika ini.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata penugasan pasukan itu berjalan seperti biasa dan kesemua anggota berada dalam keadaan baik.

Tambahnya, segala arahan penugasan adalah di bawah kuasa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan pasukan negara sentiasa bersiap siaga dalam menerima apa sahaja arahan.

"Arahan adalah daripada United Nation (UN). Namun setakat ini, kita akan tetap berada di sana sehingga arahan selanjutnya dikeluarkan. Jangan bimbang,

Alhamdulillah anggota dan pegawai kita semua berada dalam keadaan selamat dan sihat," kata Mohammad kepada pemberita dalam sidang media selepas Perbarisan Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-22 di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan pertempuran membabitkan kumpulan Hezbollah di selatan Lubnan, kian memuncak akibat konflik antara Palestin dan Israel.

 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM