George Town, 4 Oktober- Penggunaan dadah sintetik jenis mushroom atau cendawan dalam kalangan anak muda kini menjadi trend.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata trend terbaharu yang dikenal pasti pihak polis itu digunakan dalam vape dan rokok.
"Menerusi operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), pihak kami telah menahan beberapa individu yang menggunakan dadah jenis itu.
"Kami sangat bimbang dengan trend ini lebih-lebih lagi melibatkan anak muda.
"Orang awam diharap dapat memainkan peranan masing-masing dalam membendung gejala tidak sihat ini," kata Soffian kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini.
(Menerusi operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), pihak kami telah
menahan beberapa individu yang menggunakan dadah jenis itu.)