(Foto AFP)
PUTRAJAYA, 4 Oktober- Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden tembakan di pusat beli-belah di Bangkok, Thailand semalam.
Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok berkata laporan awal mendapati seorang lelaki bersenjatakan pistol telah melepaskan tembakan rambang sehingga meragut dua nyawa dan mencederakan lima orang yang lain.
"Penembak tersebut dilaporkan telah ditahan oleh pihak berkuasa di tempat kejadian.
"Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut.
"Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok
"Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," kata Kementerian Luar Negeri menerusi kenyataan.
(Foto AFP)