fb fb fb fb fb

Anak Bung Moktar dinamakan calon BN di Kinabatangan

Naim Kurniawan, anak Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin/Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 20 Disember - Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Naim Kurniawan, anak Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan.

Beliau berkata, perkara itu telah dimaklumkan secara langsung kepada Naim Kurniawan dan mengarahkan calon berkenaan segera memulakan gerak kerja kempen di kawasan Parlimen berkenaan.

"Pengumuman rasmi bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag akan dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin," katanya.

Dalam masa sama Ahmad Zahid juga mengarahkan perwakilan daripada Negeri Sabah membantu kempen PRK di Kinabatangan dan Lamag.

Kekosongan kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag berlaku berikutan pemergian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang juga Pengerusi BN Sabah, pada 5 Disember lalu.

AZRUL FAIZAL JUSOH