fb fb fb fb fb

Anak bongsu Khairy Jamaluddin terima suntikan dos pertama vaksin COVID-19

FOTO TWITTER KHAIRY JAMALUDDIN

 KUALA LUMPUR, 13 Februari - Anak bongsu Menteri Kesihatan, Raif Khairy yang berumur 6 tahun menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 jenis Pfizer menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di twitter rasmi beliau.

Dalam hantaran itu, Khairy juga menggalakkan ibu bapa mendaftar segera anak mereka dalam program PICKids.

PICKids merupakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun.

Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan minggu selepas dos pertama.

 

Media Baharu