fb fb fb fb fb

Ambulans KKM terbabas, terbalik di Kuala Kubu Bharu

FOTO FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba Malaysia Official)

SELANGOR, 30 Mac- Sebuah ambulans milik Kementerian Kesihatan (KKM) terlibat kemalangan di Jalan Rasa-Kampung Rasa Tambahan, Kuala Kubu Bharu, di sini, semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 9.49 pagi.

Ia melaporkan satu kemalangan melibatkan ambulans terbabit terbabas dan terbalik ke tepi jalan.

Bertindak atas maklumat, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu yang diketuai oleh Komender Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Adnan Firdaus Abdul Jamil bersama jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Setiba di lokasi, bomba mendapati seorang mangsa lelaki telah dikeluarkan daripada kenderaan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

SITI AISHAH MD ISA