Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Labuan, 11 negeri hingga 10 malam

Foto Facebook MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 9 April -Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL), Labuan dan 11 negeri hingga 10 malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • MetMalaysia ramal cuaca buruk melanda Perlis, Pulau Pinang dan Perak.
  • Amaran bagi Kedah termasuk Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena; Selangor termasuk Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
  • Negeri terjejas lain: Kelantan (Gua Musang), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut), Negeri Sembilan dan Johor.
  • Sabah dan Sarawak turut terjejas; amaran bagi kawasan Pedalaman dan Pantai Barat Sabah serta daerah seperti Sri Aman, Sibu, Miri dan Limbang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, keadaan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh Perlis, Pulau Pinang dan Perak.

Amaran sama dikeluarkan bagi Kedah melibatkan (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat).

“Keadaan itu turut diramal berlaku di Kelantan (Gua Musang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin), Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi),” menurut kenyataan itu.

Di Sabah, amaran dikeluarkan bagi kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan) serta Pantai Barat (Putatan).

Sementara itu, di Sarawak, kawasan terjejas ialah Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang.