fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di 7 negeri, petang ini

Foto hiasan

PETALING JAYA, 13 November- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak sehingga 3.00 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan daerah yang terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh. Manakala di Terengganu ialah Besut dan Setiu. Di Pahang pula melibatkan Kuantan dan Pekan.

Selain itu, cuaca tersebut dijangka berlaku melibatkan beberapa kawasan di Selangor iaitu (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat. Sementara itu, di Negeri Sembilan melibatkan kawasan Seremban.

"Di Sarawak: Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman (Lubok Antu), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song) dan Bintulu.

"Di Sabah: Tawau, Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam", kata kenyataan itu.

ROSLINA BINTI DIN