fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir di beberapa negeri di semenanjung hingga 12 tengah hari ini

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 4 Ogos - Amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung hingga 12 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, kawasan terlibat termasuk keseluruhan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pulau Pinang.

"Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka berlaku di beberapa dearah di Kedah iaitu Kuala Muda, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Rompin), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah) serta Johor (Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru)," menurut kenyataan itu.

TETITIA YUSOFF