fb fb fb fb fb

Kit KIMDSB inovasi baharu wujudkan sistem pembelajaran efektif

Dr. Kama Shaffeei bersama-sama Ustaz Faiz Hilmi/ Foto UPSI

TANJONG MALIM, 4 Ogos- Kit Kedudukan Imam dan Makmum Dalam Solat Berjemaah (KIMDSB) dihasilkan mahasiswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi mewujudkan sistem pembelajaran yang lebih efektif kepada murid.

Ia merupakan bahan bantu mengajar (BBM) untuk topik Kedudukan Imam dan Makmum dalam Solat Berjemaah.

Pereka Kit KIMDSB Ustaz Faiz Hilmi berkata, dengan kit tersebut ia akan meningkat kefahaman serta perkembangan kognitif murid dalam tajuk pembelajaran tersebut.

"Kit ini menjadi satu keperluan kepada kepada murid bagi memudahkan mereka menguasai tajuk KIMDSB sekali gus menjadi BBM kepada guru.

"Penghasilan Kit KIMDSB hanya menggunakan barang DIY sahaja seperti gambar laminasi, kad perkataan, putik kapas, pita pelekat, pita Velcro dan pistol gam lilin elektrik.

"Kit ini juga boleh digunakan kepada murid berpendidikan rendah seperti murid Sekolah Rendah Kebangsaan dan murid Sekolah Agama Rakyat (SRAR) yang mengambil subjek Pendidikan Agama," katanya.

Sementara itu, Pengarah, Pusat Inisiatif Pemodenan Pendidikan UPSI Dr. Kama Shaffeei berkata, kit berkenaan berpeluang untuk dikomersialkan dan dijadikan BBM di semua sekolah seluruh Malaysia.

"Murid berupaya mengusai tajuk dengan lebih mudah dan efektif sekali gus mampu menarik perhatian murid dalam pembelajaran," katanya lagi.

0408 UPSI INOVASI 2(Kit Kedudukan Imam dan Makmum Dalam Solat Berjemaah (KIMDSB))

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI