fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir di 8 negeri, KL dan Putrajaya hingga 9 malam

Foto fail

KUALA LUMPUR, 4 April - Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9.00 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, negeri itu melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

"Di Kelantan, daerah terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh; Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang) dan Pahang (Bentong, Maran, Bera, Pekan dan Rompin)," menurut MetMalaysia.

Kawasan terlibat di Negeri Sembilan ialah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol manakala di Muar, Batu Pahat dan Kota Tinggi di Johor.

Keadaan sama diramal melanda Sabah meliputi kawasan Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Tawau, Kunak dan Semporna manakala Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Pusa dan Betong, Sibu, Matu, Miri dan Limbang).

TETITIA YUSOFF