
KUALA LUMPUR, 14 Mac -Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan empat negeri hingga 12 tengah hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Negeri terlibat: Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Selangor.
- Pulau Pinang terjejas di barat daya dan timur laut; Perak melibatkan Kerian, Larut Matang Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
- Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang (Kuantan dan Pekan) serta Selangor di Sabak Bernam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, negeri-negeri terlibat ialah Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Selangor.
“Di Pulau Pinang, kawasan yang terlibat ialah di barat daya dan timur laut manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak,” menurut kenyataan itu.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang melibatkan kawasan Kuantan dan Pekan manakala Selangor di Sabak Bernam.