KUALA LUMPUR, 25 Disember – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 1.00 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi kenyataan memaklumkan keadaan cuaca tersebut dijangka melibatkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah seperti Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan.
Cuaca sama turut melibatkan kawasan Pantai Barat Sabah iaitu dan Kudat (Pitas dan Kudat).
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran", menurut kenyataan itu.