PETALING JAYA, 14 Oktober - Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan enam negeri sehingga 12.00 tengah hari.
MET Malaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca tersebut dijangka melibatkan negeri Perlis dan beberapa kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.
Keadaan sama turut dijangka di Hulu Perak dan beberapa kawasan di negeri Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah.
Selain itu, di Sarawak melibatkan Kuching (Lundu) dan Sabah iaitu di Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran", menurut MET Malaysia.