fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri hingga 5 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka melibatkan negeri Kedah, Perak, Sarawak dan Sabah.

Antara kawasan yang terlibat di Kedah ialah Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Perak melibatkan kawasan Larut, Matang dan Selama serta Hulu perak.

Di Sarawak pula dijangka berlaku di tujuh daerah iaitu Sarikei (Julau), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat, Mukah), Kapit (Song, Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan, Miri, Marudi) dan Limbang.

Di Sabah melibatkan tiga kawasan antaranya Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

GRACE AISYAH KEDAYAN