fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 5 pagi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 26 November - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, dan Sabah serta Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan hingga 5:00 pagi Rabu, 26 November 2025.

Ia melibatkan Maran, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang; Hulu Langat dan Sepang di Selangor; serta seluruh Negeri Sembilan dan Melaka.

Jangkaan cuaca sama turut dikeluarkan di Johor (Tangkak, Segamat dan Muar); Sarawak: Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Belaga), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

Manakala di Sabah, melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau) dan Kudat (Kudat).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

EZA YUSMAWATI YAACOP