KUALA LUMPUR, 18 November - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Sarawak hingga 11.00 pagi Selasa, 18 November 2025.
Ia melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak serta Bentong di Pahang.
Di Selangor, daerah yang dijangka terjejas, ialah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat; serta Jelebu di Negeri Sembilan.
Jangkaan cuaca sama turut dikeluarkan di Sarawak melibatkan daerah Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu dan Miri (Subis).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.