fb fb fb fb fb

Laluan Gua Musang-Jelawang ditutup akibat runtuhan tanah

Foto Facebook Jabatan Kerja Raya Gua Musang Kelantan

GUA MUSANG, 18 November - Laluan D29 di Kilometer 11.95 Jalan Gua Musang-Jelawang ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan susulan berlaku runtuhan tanah.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang menerusi hantaran Facebook memaklumkan, penutupan laluan tersebut berkuat kuasa pada 17 November sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

"Pengguna diminta menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Gua Musang-Sungai Asap-Bertam-Meranto-Jeli dan Jalan Gua Musang-Sungai Sam-Jeli," menurut hantaran itu.

Para pengguna turut diingatkan untuk merancang jadual perjalanan selain mematuhi arahan papan tanda yang telah disediakan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI