KUALA LUMPUR, 5 Oktober - Beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 11 malam esok.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, amaran cuaca berkenaan melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, Kelantan.
"Amaran ini turut melibatkan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu, Terengganu serta Maran dan Pekan, Pahang.
"Di Sarawak pula Kapit (Belaga) dan Miri (Telang Usan), manakala di Sabah meliputi kawasan Pedalaman (Nabawan), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), serta Sandakan (Tongod dan Kinabatangan)," jelas kenyataan tersebut.