fb fb fb fb fb

Amaran jangkaan hujan berterusan di tiga negeri hingga esok

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 13 Disember - Amaran jangkaan hujan berterusan dikeluarkan di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, di Kelantan ia melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Baharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

"Di Pahang pula kawasan terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin, selain seluruh kawasan negeri Terengganu," menurut kenyataan itu.

TETITIA YUSOFF