fb fb fb fb fb

Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri bermula Khamis

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 13 November - Amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di empat negeri bermula Khamis ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan.

Hujan berterusan dijangka di beberapa kawasan di Kelantan dan seluruh Terengganu pada 16 hingga 18 November.

“Kawasan terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Pasir Puteh dan Kuala Krai,” kata kenyataan itu.

MetMalaysia turut memaklumkan hujan berterusan dijangka di Pahang dan Sabah pada 17 hingga 19 November ini.

Kawasan terlibat di Pahang ialah Jerantut, Kuantan dan Pekan sementara di Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

TETITIA YUSOFF